logo blog

Stay Connected

Rogol Anak Guna Jari Yang Disapu Air Mani

Rogol Anak Guna Jari Yang Disapu Air Mani

Bunya Jalong  didapati bersalah merogol anaknya berusia 15 tahun pada Mei hingga Ogos 2011 di sebuah hotel di Sibu. Mangsa dirogol dengan menggunakan jari yang dilumur air mani bapanya sehingga mengandung dan melahirkan anak di Hospital Sibu pada 5 Februari 2012.



Walaubagaimanapun selepas pendengaran pada Khamis lepas, Mahkamah Rayuan Kuching membebaskan Bunya Jalong  dari kesalahan merogol anaknya yang berusia 15 tahun dan menyebabkan mangsa mengandung lima tahun lalu.

Pembebasan tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong oleh Mahkamah Rayuan atas alasan tiada bukti penetrasi zakar menampakkan betapa undang-undang sivil tidak boleh membela mangsa. Mahkamah Rayuan telah menggugurkan hukuman asal dengan alasan bahawa tiada penetrasi zakar berlaku dan di dalam kes ini, penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol. Mahkamah membebaskan tertuduh kerana memasukkan jarinya yang berlumur air mani ke dalam faraj mangsa dan bukan melalui penetrasi zakar.

Walaupun ujian DNA membuktikan bahawa Bunya merupakan bapa kepada anak mangsa namun disebabkan kerana ketiadaan penetrasi zakar ke dalam faraj menjadikan perbuatan itu BUKAN rogol.

Kami sendiri terfikir bagaimana agaknya kesan keatas mangsa dan traumatik yang terpaksa dihadapinya. Semoga Allah melindungi mangsa dan semoga kerajaan dan Mahkamah di Malaysia perlu menetapkan satu akta kesalahan merogol bukan sahaja melibatkan penetrasi malah pengunaan alat seperti jari atau sebagainya dikategorikan sebagai ROGOL. Kes rogol pada masa kini lebih kepada penularan penyakit nafsu yang tidak terkawal.

Share this:

Enter your email address to get update from Kompi Ajaib.
Next
This Is The Current Newest Page
Previous
Previous Post »
Copyright © 2015. Melekit - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger